Wednesday 22 October 2014

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim...
Alangkah Beruntungnya Menjadi Seorang Wanita
Darjat seorang wanita disisi Islam adalah sangat tinggi dan mulia. Wanita adalah golongan yang perlu dihormati, dijaga maruahnya, disayangi dan dikasihi .

Seorang ibu yang telah berkorban seluruh jiwa dan raganya untuk melahirkan dan membesarkan anaknya adalah merupakan seorang wanita yang dipandang mulia oleh Allah S.W.T. Allah S..W.T akan mengurniakan pahala dan kebaikan yang berlipat kali ganda untuk para wanita yang sanggup berkorban di jalan Allah.
Berikut merupakan keistimewaan wanita menurut Islam yang telah disebutkan di dalam beberapa hadith sahih dan difirmankan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Qur'an. Ini menunjukkan betapa Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang solehah. Berbahagialah engkau wahai bidadari penghuni syurga !


HADIS NABI MENGENAI WANITA YANG SOLEH
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
"Oleh itu wahai para wanita muslimah yang dihormati dan disegani, bangkitlah dan niatkanlah setiap amalanmu adalah untuk mendapat keberkatan daripada Allah Yang Maha Esa. Semoga anda akan turut menjadi salah seorang wanita pilihan yang diberikan ganjaran syurga yang tiada tolok bandingnya diakhirat kelak. Amin.




Babies babies :)

Dah lama sgt tak update blog..
Actually January 2013, baby Syahid Ammar lahir and now dah 1 tahun 7 bulan pun umurnya.


Ni lah gambar pertama Ammar,
gambar ni my husband snap masa dlm labour room ha..




Ammar kulit sensitif skit dulu2 kat bhgn pipi, tapi skrg dah okay :)



Sgt manje dgn abahnya..




Ni masa Ammar's first hari raya





Ni masa Ammar's 2nd hari raya






Now, I'm pregnant again.. skrg dh 33 minggu.

Banyak menyepi masa preggy, sbb tak sihat kan...













Thursday 28 August 2014

Contest Prizes Yg Dulu2


Compilation hadiah contest yg diterima 
Macam biasa, I letak dlm satu entry je..
Lamanya tak update..

IPad 2 daripada contest Dutch Lady.
Ni merupakan iPad kedua yg dimenangi melalui contest offline


Syahirah Iffah and Ginvera hamper bernilai RM400 plus lots of goodies bagsDaripada Peraduan Sejelita Menawan ibu dan anak anjuran Syahirah Iffah dan majalah JelitaOn ground contest ni... best dan lain dari yg lainmy mom sanggup datang jauh utk join me for this contest :)

Seiras tak kitorang? wink2 ^_^


Evolta LED light
Daripada Evolta New Year contest


Topi Polo
Yang ni hubby menang melalui contest main game bola kat playstation 
masa promosi Nivea di Carrefour



Spontex products bernilai RM50... boleh guna utk cuci2 umah :)



La Gourmet products bernilai RM500

Voucher Domino's Pizza bernilai RM50


L'oreal Professionel hair product daripada BluInc
Bernilai RM150 ke atas kalau tak silap


Boleh pilih menginap di Swiss Garden KL, Damai Laut Pangkor atau Kuantan



Sophie Monk product dan international adapter
Menang dari 12fly Mother's Day Smile Contest
Picture based contest jugak :)


Shins Mother's Day Contest dpt produk skincare Swiss


Voucher penginapan Swiss Garden Hotel, menang atas nama hubby & me
Sempena contest mothers day.
Picture-based contest jugak ni..


Produk Syahirah daripada majalah Lisa



Tiket Wet World dari Asia Media TV
Contest jenis sms.. I sms sekali je...




Cash RM500 dari Johnsons Baby Lotion contest
cuma submit 1 gambar ibu dan anak serta tulis caption,
 iaitu gambar Amni & me tengah blow bubbles di taman
dan sertakan caption.
Memang target nk consolation prize sbb hadiahnya cash.. 




Cash RM100 dari contest Comian Mother's Day Look-Alike contest di FB
Picture based contest... submit gambar look-alike my mum and me
Dapat juga online voucher Comian bernilai RM70



Cash RM150 dari contest Hey Baby
Cuma submit 1 barkod je dari packaging diaper Hey Baby




Voucher RM100 dari contest TNB
cuma submit testimonial berurusan dgn TNB Careline, dan menang





MBG fruit basket bernilai RM150 plus framed picture
Buah-buahan dlm fruit basket ni mmg jenis yg premium, saiz besar-besar,  sbb tu mahal
dan sangatlah sedap dan manis..!
Ada strawberry, pear, pomegranate,kiwi, mango, seedless grapes, oranges, banyak lagi lah
Anak-anak la yg paling seronok, sbb mmg sangat suka mkn fruits.




Playstation 3 dari contest Astro Variety
Ni PS3 ke-2 yg dimenangi dlm contest.
Tahun lepas menang dari Cadbury..
Terima kasih atas sumbangan slogan seorang rakan :)




Hadiah white room photoshoot dari contest Dettol Happy Mothers contest
Dettol sponsor gak satu gambar utk diframekan
Ni pun picture-based contest gak
I suka buat photoshoot sbb gambar2 ni boleh digunakan utk contest2 lain nanti..
setakat skrg, utk photoshoot ni I dh guna satu gambar 
dan dpt menang LED TV Panasonic
Dan satu gambar Dettol guna utk advertorial dlm di newspaper Singapore



 Hadiah dari Giossardi dari contest majalah SDK
Slogan-based, tak sangka pun menang sbb hentam je.. lagipun bukannya terrer slogan pun 
Dapat handbag, purse, wallet, belt, manicure set








Yg ini, adalah hadiah contest yg paling best setakat ni
RM30,000 daripada contest bonanza tunai Kimberly-Clark

Contest ni berdasarkan lucky draw je... 
so memang terkejut bila menang..
masa PIC call maklumkan menang Grand Prize, I ingatkan panggilan hangit, 

sebab rasa mcm susah nk caya
Out of puluhan ribu entry yg diorang terima, 

entry I terpilih walaupun I hantar entry tak banyak pun...

Kat bawah ni pecahan hadiahnya... hadiah I yg colour hijau tu, hadiah utama..

masa prizegiving... 
tak sihat sebenarnya waktu ni, smpai muntah2 sebelum nk sampai sini.. huhu..

RM30k cheque cleared... kenangan contest yg taktau bila lagi akan berulang...




Ni pun hadiah yg one of a kind... Grand Prize jugak
Slogan-based tapi tak sangka menang sebab slogan tu I dh compose 2 tahun lalu utk 
contest Astro History yg sebelum ni, 
I managed to compose 2 slogans 2 tahun lalu, tapi disebabkan peserta cuma boleh submit 1 entry je, 
I cuma dpt submit 1 slogan, dan slogan yg ni I simpan buat pekasam selama 2 tahun 
(yg I submit tu pun dpt GP 2 tahun lalu,  sebuah tv LCD)

So GP yg ni adalah hadiah percutian to Bangkok for 2 pax daripada Astro History
Sponsored MAS flight, 3d2n hotel stay, transportation and tickets to Titanic artifact exhibition..
Banyak nak tulis tentang trip ni, tengoklah kalau sempat, I buat satu entry untuk trip ni.. 
kalau sempat la...







T-shirt Adidas dari Guardian contest
Hubby suka hadiah ni sbb mmg suka t-shirt ori brand ni, size pun ngam..



Voucher Watson RM40 daripada contest Kilometrico
Hadiah ciput je ni, tapi alang2 namanya contest, I letak gak la sini..
submit 1 siggy entry je





Jake and the Pirates treasure chest and merchandise

Contest ni berdasarkan gambar anak berpakaian ala2 Jake & the Neverland Pirates
Gambar Amni terpilih, dan disiarkan kat Disney Junior



TV LED 42" Panasonic
TV kedua dimenangi sepanjang setahun setengah bercontest online ni
Yg sblm ni dpt LCD tv, kali ni LED pulak
Menang atas nama hubby...
Penyertaan diadili hanya dengan 
gambar profile picture FB yang menarik dan sesuai dengan tema yg Panasonic beri... 
hubby guna profile pic whiteroom photoshoot yg kat atas tu..
theme pun sesuai :)






3 tiket MIB 3 screening, daripada Voila

Brave movie merchandise dan 4 Brave movie premiere tickets
Menang daripada Astro
4 Planes dan
4 Captain America Winter Soldier movie premiere tickets
Astro gak yg bagi
Ok, semua tu hadiah2 yg dh lama basi cuma tak pernah publish.. 
kat bawah ni yg lateest, itu pun dah basi jugak sebenarnya.. hehe: 

Unilever @ Aeon Big - Ipad mini

Anjung seri - boucer minum petang menara kl

First solid foods -  boucer n cerelac 2 set

Sharp aquos - doraemon

Speedy - doraemon

MNV Entertainment - 4 tiket ke The Little Big Club, Nusajaya

Southernlion - rm100

Panasonic evolta - jersey

Bcard- rm250 star cash dan 1000 bcard point

Prince Hotel - buka puasa buffet

Nescafe@Aeon Bi - conso, baucer RM100

Zespri - baucer kedai Popular RM50

Tender Soft tissue - baucer Giant RM50



 I dah kurang aktif bercontest..lebih bnyk berehat je..
So hadiah pun cuma hadiah kecik2 je lah..

Time preggy mmg takleh bercontest, sbb tak sihat plus busy dgn bisnes