Tuesday 3 May 2011

Toshiba Contest

Ini pula entry mengenai kemenangan weekly prize contest slogan Toshiba Regza kat FB.
Hadiahnya weekly ni sepatutnya Toshiba DVD player.
Tapi tak lama pastu, pihak Toshiba inform yang diorang mengalami masalah stok DVD player akibat tsunami di Jepun...
Oleh itu, merka tukarkan hadiahnya kepada Toshiba Hotpot...

Ni la gambarnye, belum bukak pun dari kotak...


Kata mereka, hotpot ni harga RM254, manakala DVD player cuma RM160... huhu..
Hmm... kira ok la, lagipun saya memang dah ade DVD player, hotpot belum ada... syukur je la, dapat yang free... Tapi cam tak best gak la, sbb sebenarnya niat nak bagi DVD player tu kat my mum di kampung sbb DVD player dia dah rosak...


Ape pun, tq Toshiba for the prize...
:)

Wednesday 27 April 2011

Alamanda Like Us Contest

Contest ni paling senang, cuma perlu 'Like' je Alamanda kat facebook.
Saya pun terlupa ada contest ni, sebab saya cuma klik "Like" pastu terus lupa hehe...

Tup-tup beberapa hari lepas tu, dapat email ni dlm inbox:

Dear Winner,

CONGRATULATIONS for being among the 100 lucky winners of the Alamanda Like Us Contest!

Please take note on your prize collection details:-

Date     : 12 - 24 April 2011 (10:00 am - 10:00 pm)
Venue   : Concierge Desk, Lower Ground Floor, Alamanda Shopping Centre


Hehe... sukanya hati... so weekend tu, jenjalan kat Alamanda la, sambil ambil hadiah.

Ada lucky draw kat Concierge Desk tu, so saya dapat hadiah yang ditaja oleh Big Apple Donuts & Coffee... Yum..yum...



Tak sempat snap gambar, donat dah kena terkam dulu oleh Aiman dan Amni... huhu...



Ni lah antara beberapa aksi encik suami dan anak-anak saya makan donat free... layanzz...






Thank yo Alamanda Putrajaya dan Big Apple Donuts & Coffee...

^_^




Gantz Movie Contest

Ni pula entry bagi Gantz Movie Contest yang dianjurkan oleh United International Pictures Malaysia di facebook.
Sesiapa yang terawal bagi jawapan akan menang tiket dan movie merchandise. Dan saya adalah orang yang pertama beri jawapan... ^^


Ni lah hadiah yang saya terima, dikirimkan oleh courier...
Tak sempat pun lagi nak tengok citer ni kat wayang, tunggu weekend nanti kot hehe.

Thanks UIP Malaysia...

:)

Zoelingerie Slogan Contest

Huhu... lamanya tak update blog, agak busy sekarang ni...

Ok, untuk entry kali ni ialah mengenai kemenangan 1st prize Zoelingerie Slogan Contest. Yeayy!!
Macam biasalah, saya memang suka print screen winning announcement, sbb utk kenang-kenangan :)


Untuk hadiahnya, saya dapat voucher yang membolehkan saya pilih mana-mana lingerie yang berkenan di hati. Kat zoelingerie2u.com banyak jenis corset, rambang mata saya...
Setelah survey-survey selama berhari-hari, saya jumpa yg berkenan di hati...


(ops... ni bukan gambar saya ye, tapi gambar dari website zoelingerie2u.com)

Colournya exactly sama macam dalam gambar kat atas tu, tapi kamera saya flash terlebih kot, gambar jadi nampak pucat pulak...heheehe. Tapi lingerie ni memang sangat cantik... best sangat! Dan saiz saya "S" ye... lagi lah saya happy... :-D


Thank you so much, Sweety Zoe Lim, iaitu pemilik zoelingerie2u.com kerana memilih saya sebagai pemenang slogan contest ni....

:)

Thursday 14 April 2011

I Love Fun Contest

Entry kali ni mengenai contest I Love Fun.
Menang consolation prize je... huhu.... sedey...

Bukannya ape, untuk contest ni, sebenarnya saya dok berharap menang tempat ke-3... bukan no. 1 atau no. 2, tapi no. 3...
Sebabnya ialah, hadiahnya sangat best, iaitu melancong ke Disneyland Hong Kong...
 Dah la Amni dan Aiman sangat sukakan Mickey Mouse.... huhu... Takpelah, takde rezeki....

Macam biasa la, untuk contest Astro, saya suka guna nama encik suami je...


Sebelum keluar list pemenang ni, sebenarnya hadiah dah sampai terlebih dahulu.  Hadiahnya adalah seperti di bawah ni



Amni dan Aiman la yang paling happy dapat prize ni. Pop-up tent tu... actually diorang dah ade pop-up tent, tapi bila dah dapat prize ni, jadi ada 2 la pop-up tent. 
So sekarang, yang lama jadi adik punya, dan yang baru, kakak punya...huhu







Saturday 9 April 2011

Review: Rio



Semalam pegi tengok citer 'Rio' kat GSC One Utama. Tiket free of charge sbb menang contest Rio kat Voila, 3D lagi...
Best sangat citer ni, klakar... kisahnya tentang seekor burung macaw biru yg tak reti nak terbang bernama Blu. Dia dibawa ke Rio de Janeiro utk menemuka dia dengan seekor burung betina yg sama spesis dengan dia bernama Jewel.... utk selamatkan spesis macaw biru ni yg mengalami kepupusan... lebih kurang macam tu la....
Blu ni dah terlalu domesticated, tak reti nak hidup dalam wildlife...so banyak la funny moments yang terjadi...



Bagi filem ni, saya bagi 4/5 bintang...!

Review: Hop

Minggu lepas pegi tengok movie Hop. Tiket free of charge juga ni... Actually aku tak join pun contest Hop ni, sebab tak sempat nak buat slogan, busy dengan hal website.
Tapi pastu ada seorang pemenang tak dapat hadirkan diri, jadi aku pun tanyakan dia tentang tiket tu dan dia setuju bagi kat saya... thank you so much, Kah Lian Yap...

Kitorang tengok kat Cathay e@Curve.
Citer Hop ni ada animasi dan juga orang betul (bukan animasi)... gabung skali gitu...
Best citer ni, tapi ending dia dah boleh expect awal-awal lagi, takde element of surprise.
Apepun, citer ni memang best utk ditonton dengan anak-anak.



Cantik hiasan yang Cathay buat ni... Amni suka main dengan bola-bola kecik kat blakang tu, tapi sebenarnya takleh masuk area tu, sebab diorang dah bubuh border tali biru tu...

Untuk citer Hop ni, saya bagi 3/5 bintang... :)

Parenthots Fisher-Price Contest



Teringin nak menang hadiah mainan Fisher-Price, aku pun join contest ni... Mainan Fisher-Price memang sangat best, susah nak rosak, tahan lama dan paling penting, aiman dan amni pun suka!

Contest ni ada hadiah earliest submission entry which starts at 9 am Monday morning. So pukul 9 pagi hari Isnin, aku dah ready dok depan pc utk submit entry, dan berjaya... Next monday tu, Parenthots umumkan pemenang dan aku salah seorang daripadanya... yeayy...!

Dapat hadiah mainan Fisher-Price bernilai RM150. Aku pegi sendiri ambil prize ni kat Menara Star... hehe...





Inilah wajah kegembiraan amni & aiman lepas dapat hadiah. Snap gambar ni dalam kereta sebaik saja lepas ambik hadiah.... :)


Menang Tiket Disney On Ice

Entry ni dah lama tertunda, tapi akhirnya tulis juga.



Pada bulan Mac, disebabkan teringin nak bawak Amni & Aiman pergi Disney On Ice, aku pun masuklah contest yang menawarkan tiket Disney On Ice. Event tu dijadual awal bulan April.
Ada 3 jenis contst yang menawarkan tiket ni yg aku masuk, iaitu yg ditaja oleh facebook Voila, facebook Princess Disney dan Astrolife.

Yang facebook Voila, penyertaan dihakimi berdasarkan slogan. Yang Princess Disney pula berdasarkan lucy draw. Manakala yang Astrolife pula berdasarkan siapa cepat dia dapat tapi contest yg Astrolife ni start sangat lewat berbanding yang lain tu.

Gigihlah aku buat slogan dan jawab soalan, submit entry...

Mula-mula menang 2 tiket dari Voila pada contest yang 2nd week. Tapi aku nak 3 tiket, jadi aku masuk skali lagi contest Voila yang utk 3rd week pula. Dalam masa yang sama, contest Princess Disney yang lucky draw pun aku masuk.

Rupanya menang juga yang 3rd week dari Voila dan lucky draw dari Princess Disney.
Bermakna aku dah menang 5 tiket walaupun sebenarnya nak 3 tiket je. Harga utk satu tiket sebenarnya ialah RM138, bermakna nilai utk kelima-lima tiket yg dimenangi tu ialah RM690!





Oleh itu terpaksa la jual lagi 2 tiket tu. Cepat-cepat aku iklan kat mudah.my.... sekejap je dah disambar oleh pembeli. Aku jual murah je kat dia... RM160 utk 2 tiket.

Tup-tup pastu rupanya yang tiket dari Astrolife pu ku menang jugak. Menang tiket yang berharga RM188 setiap satu... so nilai bagi 4 tiket tu ialah RM752!
Tiket yang ni mahal skit sebab tempat duduk depan, belakang VIP. Tapi aku taknak tiket yang ni sebab tarikh eventnya Ahad pukul 6.30 pm. Rasanya lebih baik tarikh 1 April pukul 8.30 malam, yang ku dapat melalui tiket yang awal tu.




So aku pun jual kat mudah.my. Jual murah je, 50% off dari harga asal sebab masa tu event tu dh dekat, huhu.
So, akhirnya berjaya dijual pada harga RM350 utk 4 tiket. Ok la jual murah pun, sebab aku bukannya keluar modal pun, untung lagi tu... sape nak bagi...

Lepas jual tiket tu, baru ku tahu ada kawan-kawan yang nak beli tiket tu, tapi aku dah jual kat orang lain masa tu sebab ingatkan takde sape nak...hmm...

Tapi sebenarnya bukan sengaja masuk peraduan sebab nak jual tiket, cuma aku terlebih masuk peraduan dan tak sangka menang semua yang aku masuk tu... tak sangka pula terlebih menang. Total dimenangi ialah 9 tiket...huhu.

Dapat tengok Disney On Ice free of charge dan siap untung RM510 lagi sebab jual tiket yang lain tu... Happy ending la... :)


Monday 4 April 2011

Review: Mars Needs Mom



Ni entry yang dah lama tertunda...

Pada 12 Mac yang lalu (dah lama kan saya tangguh buat entry ni), kitorang sefamily pegi GSC 1 Utama tengok citer Mars Needs Mom. Dapat 4 seat free of charge, 3D pulak dah tu... sebab menang contest dari Voila Sdn Bhd.
Oleh kerana 4 seat, Aiman pun dapat seat dan spek mata 3D (slalunya Aiman duduk atas riba je).

Kisahnya tentang sorang budak laki, bernama Milo yang cuba selamatkan mak dia daripada Martians.
Best jalan critanya... dan penuh mesej, iaitu utk menjadi anak yang baik dan taatkan ibu...


Movie ni memang sesuai utk bawa seisi family tengok, apatah lagi bila FOC... sangat best!

Utk Mars Needs Mom, saya bagi 3/5 bintang..!

Sunday 3 April 2011

Kereta yang dirindui





Ni lah kereta saya yg dibeli hasil profit berniaga online. Beli cash ni, semua nya hasil berniaga online. Sekarang dah jual, sebab encik suami nak beli kereta baru yang buatan oversea… dah tak nak kereta MalaysiaAda lah sebabnya, antaranya faktor kualiti dan keselamatan (skrg ni guna kereta Volvo)

Sayang kat kereta wira ni.... tapi sekarang dah jadi milik orang lain, bukan milik kitorang lagi… kekadang rindu lak kat kereta ni…huhu….

Encik suami jual kereta ni melalui mudah.my. Ni lah gambar yg dia gunakan utk iklan di mudah.my. Ramai sangat nak beli…huhu sebab kereta ni lawa, harga pun berpatutan… Tak sampai sehari dah ada pembeli nak booking, bayar duit terus.
Akhirnya dijual dalam masa tak sampai 2 hari...


Mengidam atau mengada…


Kesian baca berita dlm paper ni, si isteri mengidam buah-buahan yang pelik-pelik dan sukar dicari di ibu kota. Dah la suami tu baru balik keja pukul 11 malam pulak dah tu, disuruhnya keluar cari buah yang memang tak tau kat mana nak dicari. Si suami selama ni memang ikut cakap isteri, belikan semua benda yg isteri mengidam, tapi kali ni dia hilang sabar. So berlaku pergaduhan, dan si suami telah belasah isteri tu….

Hm… siapa yang salah ye? Isteri yg terlampau mengidam sampai tak peduli keadaan suami yang penat? Atau adakah salah suami yang cepat sangat tangankan isteri?  Boleh jadi kedua-duanya salah…

Masing-masing ada pendapat sendiri.
Mengidam ni ada  banyak ragam. Teringat sy dulu masa mengidam masa mengandung anak pertama. Mengidam nasi lemak yg jual depan umah dan roti canai montel yang juga dijual dekat dgn umah sy masa tu. Kedua-duanya dijual waktu pagi. Nampak macam senangkan nak cari? Sebab dua-dua makanan tu dijual dekat dengan umah saya je.
Masalahnya masa tu bulan Ramadhan, mana ade org jual nasi lemak dan roti canai  pagi-pagi?

Teruk saya mengidam, suami saya cuba cari nasi lemak dan roti canai yg kedai lain jual, tapi tak sama…. Nasi lemak Kg baru, Nasi lemak yg jual kat malinja, tapi tak sama dengan apa yang sy nak…
Orang mengidam ni kalau dah mengidam makanan yg spesifik, memang nak yang tu jugak. Cari yg lain walau pun nasi lemak dan roti canai, tak sama, sebab bukan orang yg sama masak…

Kebetulan kitorang tahu rumah makcik yg jual nasi lemak tu. Cuma sepanjang bulan Ramadhan dia cuti dari berniaga pagi-pagi, pendek kata memang dia langsung tak jual nasi lemak sepanjang Ramadhan. Kat bazaar Ramadhan pun dia tak berniaga.


So terpaksa la tebalkan muka… kitorang pegi umah dia, ketuk pintu… pastu cakap kat makcik tu, minta tolong buatkan nasi lemak kat saya.
Huhu… malu kan… Tapi alhamdulillah makcik tu setuju, dia siap bagi extra sambal lagi…Tak ingat bayar berapa tah kat makcik tu…
Huhuhu… malu muka saya, tapi nak buat macam mana, selagi tak dapat nasi lemak yg satu tu… sy akan terus mengidam… tak leh buat keje ape kalau dh mengidam. Nak kata nasi lemak tu sedap sgt, tak juga… Banyak lagi nasi lemak lain yang boleh tandingi kesedapannya… tapi inilah namanya mengidam… banyak lagi choice lain, tp yg satu tu lah jugak yg diidamkan…

Tentang roti canai montel tu pula, memang sy tak dapat….sebab taktau umah peniaga roti canai tu kat mana, klau tak, boleh sy terjah dan minta roti canai montel… bayar mahal pun takpe… huhu… Kesian saya…
Sampai habis Ramadhan dan sebulan lepas raya pun roti canai tu tak buka kedai…
Apabila akhirnya peniaga roti canai kedai tu buka kedai, dia bagitau yg dia sbnrnya buat renovation kat kedai, sebab tu lama tak buka kedai… Hm….

Saya pernah dengar juga cerita orang mengidamkan makan ‘ba*i’ a.k.a. khinzir… Eiii… itu dah mengarut tu! Memang mengarut! Dahlah seumur hidup tak pernah mkn khinzir, tiba-tiba masa pregnant, mengidam nak makan khinzir pula… bukannya tahu sedap ke tak, sebab tak tahu pun rasanya macam mana… Ini namanya mengada, bukan mengidam ye….!

Mengada dan mengidam, tak sama tau….


Sunday 27 March 2011

Intro



Tujuan blog ini hanya untuk suka-suka, berfungsi juga sebagai jurnal saya.

Almaklumlah, banyak perkara dilalui dari hari ke hari, kadang-kadang sampai saya lupa. Masa dirasakan terlalu cepat berlalu...Jadi ingin saya coretkan suka duka yang dilalui agar tak berlalu begitu sahaja. Bagi tatapan diri sendiri pada masa akan datang, insyaAllah dan sesiapa sahaja yang singgah membaca...
Sedikit sebanyak, blog ini akan berkisar mengenai kehidupan seharian saya sebagai work-at-home mum and wife, juga tentang anak-anak saya yang comel, juga tentang contest (saya suka contest ye..) dan ape-apa lagi perkara yang menarik saya rasa untuk dipaparkan.
Sekadar menghadirkan diri di alam maya...
Eifa 2011