Saturday 9 April 2011

Menang Tiket Disney On Ice

Entry ni dah lama tertunda, tapi akhirnya tulis juga.



Pada bulan Mac, disebabkan teringin nak bawak Amni & Aiman pergi Disney On Ice, aku pun masuklah contest yang menawarkan tiket Disney On Ice. Event tu dijadual awal bulan April.
Ada 3 jenis contst yang menawarkan tiket ni yg aku masuk, iaitu yg ditaja oleh facebook Voila, facebook Princess Disney dan Astrolife.

Yang facebook Voila, penyertaan dihakimi berdasarkan slogan. Yang Princess Disney pula berdasarkan lucy draw. Manakala yang Astrolife pula berdasarkan siapa cepat dia dapat tapi contest yg Astrolife ni start sangat lewat berbanding yang lain tu.

Gigihlah aku buat slogan dan jawab soalan, submit entry...

Mula-mula menang 2 tiket dari Voila pada contest yang 2nd week. Tapi aku nak 3 tiket, jadi aku masuk skali lagi contest Voila yang utk 3rd week pula. Dalam masa yang sama, contest Princess Disney yang lucky draw pun aku masuk.

Rupanya menang juga yang 3rd week dari Voila dan lucky draw dari Princess Disney.
Bermakna aku dah menang 5 tiket walaupun sebenarnya nak 3 tiket je. Harga utk satu tiket sebenarnya ialah RM138, bermakna nilai utk kelima-lima tiket yg dimenangi tu ialah RM690!





Oleh itu terpaksa la jual lagi 2 tiket tu. Cepat-cepat aku iklan kat mudah.my.... sekejap je dah disambar oleh pembeli. Aku jual murah je kat dia... RM160 utk 2 tiket.

Tup-tup pastu rupanya yang tiket dari Astrolife pu ku menang jugak. Menang tiket yang berharga RM188 setiap satu... so nilai bagi 4 tiket tu ialah RM752!
Tiket yang ni mahal skit sebab tempat duduk depan, belakang VIP. Tapi aku taknak tiket yang ni sebab tarikh eventnya Ahad pukul 6.30 pm. Rasanya lebih baik tarikh 1 April pukul 8.30 malam, yang ku dapat melalui tiket yang awal tu.




So aku pun jual kat mudah.my. Jual murah je, 50% off dari harga asal sebab masa tu event tu dh dekat, huhu.
So, akhirnya berjaya dijual pada harga RM350 utk 4 tiket. Ok la jual murah pun, sebab aku bukannya keluar modal pun, untung lagi tu... sape nak bagi...

Lepas jual tiket tu, baru ku tahu ada kawan-kawan yang nak beli tiket tu, tapi aku dah jual kat orang lain masa tu sebab ingatkan takde sape nak...hmm...

Tapi sebenarnya bukan sengaja masuk peraduan sebab nak jual tiket, cuma aku terlebih masuk peraduan dan tak sangka menang semua yang aku masuk tu... tak sangka pula terlebih menang. Total dimenangi ialah 9 tiket...huhu.

Dapat tengok Disney On Ice free of charge dan siap untung RM510 lagi sebab jual tiket yang lain tu... Happy ending la... :)


No comments:

Post a Comment